Friday, 22 February 2013

Sabah : Day 1

Assalamualaikum semua...

hati berdebar-debar. tidur tak lena. perut rasa seram sejuk. eh perut pun ada rasa seram sejuk jugak ke. hahaha. ni semua gara-gara eksited nak terbang la ni hehe. kami dimaklumkan sesapa yang terlibat dalam trip ke sabah haruslah berkumpul di unit kenderaan tepat jam 8 pagi. so, dari petang lagi duk berkemas-kemas sampai la ke pagi. ada je yang nak masuk dalam beg. selagi tak bertolak selagi tu ada je teringat nk bawak itu la ini la. tapi harus di ingat limit berat beg 15kg je. hehehe.

harap maklum ni beg untuk 2 orang ye. bukan saya punyer sorang je ye

perjalanan ke LCCT adalah percuma ye. di ulang PERCUMA hehe. nasib kami baik sebab time kami nak berangkat ke sabah hari tu time budak-budak ni cuti sem. so tumpang sekaki la dengan budak sabah sarawak yang nak balik kampung. pihak universiti memang menyediakan kemudahan bas untuk ke airport bagi budak sabah sarawak ni. so apa lagi. kemudahan dah ada guna je la kan. disamping boleh jimat bujet hehehe.

jangan rebut-rebut. semua dapat naik

walaupun janji jam 8 pagi. tapi faham-faham lah. janji melayu mana pernah tepat. pukul 8.40 pagi baru la bas bergerak. tapi xpe lah. nak naik yang free kena la tunggu. apa boleh buat. flight pukul 1.20 petang. lama lagi ni nk boarding. so buat la apa yang patut kat airport tu.

contohnya:
makan. nak makan dalam flight mahal bebenor

shopping skit. beli topup, plaster dll

tepon mak. doakan kami selamat ye mak

kami berlapan sampai di bumi di bawah bayu pukul 3 lebih. time tu dah asar pun. tetiba rasa cam culture shock pun ada. ye la. biasa time cam ni baru la nak sesibuk solat zohor. ni kat sabah dah asar pun. (kantoi suka solat lambat. jangan tiru perangai ini ye). kami pergi holiday ni main terjah je. xde book tour guide pn. sebab utamanya adalah kerana osmateku ada classmate orang kundasang. kira dia la yang secara automatisnya jadi tour guide kami.

van dah tunggu nak bawa kami ke kundasang. yeay!!

oleh kerana kat kl kami xsempat dengan waktu zohor jadi kami pun jamak bersama asar kat sabah. kita solat dulu ye. ni masjid kat kota kinabalu. nama apa masjid ni sila refer pada yang pakar ye. tuan punyer gambar dah lupa hahaha.

perjalanan untuk ke kundasang memakan masa dalam 3 jam. hooo lama bangat. memula tu rasa eksited sangat. mata ni xlepas duk menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. tapi kejap je la. pukul 6.30 petang dah gelap. bila dah golap xde ape dah yang boleh tengok. tutup mata dan tido je la. lamanya nak sampai kundasang. jalan pun boleh tahan. naik bukit. jalan liku-liku. nasib xmabuk je. patut la ada teksi yang xmo pegi sangat kundasang ni.

datang jauh-jauh pun ini jugak yang dicari. nak buat camne. perut dah lapo sangat. sebelum masuk angin baik kita makan yang ringan-ringan dulu. hahaha. jauh lagi ni nak sampai kundasang ni.

sebelum sampai kundansang singgah kat rumah terbalik ni dulu. semua benda dalam rumah ni terbalik. peti ais, almari, katil. menurut staff mereka benda yang paling berat dalam rumah tu adalah mesin jahit. kereta pun terbalik tau. canggih betul hehe. rumah ni bukan hak milik kerajaan negeri tetapi hak persendirian. tuan empunya buat untuk tarik pelancong dan menambah nilai keunikan negeri sabah. tapi jangan dilupa untung pun mau juga hehhe. dalam rumah ni xboleh amik gambar. hanya dibenarkan diluar rumah je. so rakam la dalam minda je ye. sebarang info tentang rumah ni bleh la klik sini ye.

kami sampai di kundasang dalam pukul 12 malam. singgah makan dulu kat kedai makan sebelah walai toko homestay. tu bukan homestay kami ye hehe. oh ye kami menginap kat homestay sepanjang berada di kundasang ni. amik kunci, masuk barang, tukar baju then tido. tapi kat sini sejuk memang tahap gilo la. nk tido kena pakai stokin n sweater bagai. 







Monday, 21 January 2013

Sabah oh sabah

Assalamualaikum semua...

Tempoh hari osmate ada cerita yang dia ada plan dengan classmate dia nk ke sabah this january. Bila dengar dorang nak pegi sabah perasaan jeles tahap dewa melanda diri. Alangkah best if dapat ikut depa pegi sabah. Tanpa segan silu cakap nk ikut dorang gak. Dia kata ok je. Oooo apa lagi eksaited gila la nk ikut depa. Seronok sampai rasa nk guling guling je hehe

Dorang dah book flight ticket setahun yg lepas lg. Nasib baik time saya nak book tiket ari tu airasia ada buat promo. Haa..apa lg. Call abah minta izin nak pegi. Bila abah kata ok je terus klik confirm beli tiket nak ke sabah tu. hahaha semangat ok.

harga tiket pergi dan balik totalnya RM314.00. ni detail untuk tiket saya.

1 guest                                     189.00 MYR
airport tax                                  12.00MYR
fuel surcharge                             40.00MYR
airasia insure return                     18.00MYR
check-in baggage - up to 15kg    25.00MYR
check-in baggage - up to 20kg    30.00MYR
total                                            314.00MYR     

mahal ke murah tiket saya. kalau korang bayar guna kad kredit atau debit kad kena charge extra 10MYR. so untuk jimatkan RM10 saya bayar guna maybank2u. selamat RM10 aku hehehe. tiket dorang yang tempah setahun yang lepas dalam RM200++. jeles kejap tengok tiket dorang lebih murah. xpe berkorban sedikit demi destinasi idaman. tiket dorang tu tempah setahun lepas, tiket saya tempah 2 bulan sebelum pegi. ok la tu kan. (ayat pujuk diri sendiri hihihi). baggage yang 15kg tu untuk time nak pegi and baggage yang 20kg tu time nak balik nanti. persediaan awal takut takut TERbeli and TERshopping lebih hehhee


Yahooooo... Sabah tunggu saya!!! Xsabarnye nak pegi.

Sunday, 6 January 2013

les' copaque

assalamualaikum semua...

projek terakhir untuk semester 3 ni kami telah diminta untuk membuat satu lawatan ke mana-mana company yang ada buat CSR. apa itu CSR? CSR dalam bahasa inggerisnya adalah Corporate Social Responsibility yang mana bahasa ringkasnya program khidmat masyarakat. program ni boleh dikira wajib dibuat bagi company yang disenaraikan dalam bursa malaysia.

company yang sudi menerima kami untuk membuat lawatan sambil belajar ni adalah LES' COPAQUE. ala company yang keluarkan siri upin ipin tu. hehe. ada ke lagi yang tak kenal upin ipin ni huhhu. kami pergi ke studio mereka yang terletak di seksyen 13 shah alam.