Friday, 22 February 2013

Sabah : Day 1

Assalamualaikum semua...

hati berdebar-debar. tidur tak lena. perut rasa seram sejuk. eh perut pun ada rasa seram sejuk jugak ke. hahaha. ni semua gara-gara eksited nak terbang la ni hehe. kami dimaklumkan sesapa yang terlibat dalam trip ke sabah haruslah berkumpul di unit kenderaan tepat jam 8 pagi. so, dari petang lagi duk berkemas-kemas sampai la ke pagi. ada je yang nak masuk dalam beg. selagi tak bertolak selagi tu ada je teringat nk bawak itu la ini la. tapi harus di ingat limit berat beg 15kg je. hehehe.

harap maklum ni beg untuk 2 orang ye. bukan saya punyer sorang je ye

perjalanan ke LCCT adalah percuma ye. di ulang PERCUMA hehe. nasib kami baik sebab time kami nak berangkat ke sabah hari tu time budak-budak ni cuti sem. so tumpang sekaki la dengan budak sabah sarawak yang nak balik kampung. pihak universiti memang menyediakan kemudahan bas untuk ke airport bagi budak sabah sarawak ni. so apa lagi. kemudahan dah ada guna je la kan. disamping boleh jimat bujet hehehe.

jangan rebut-rebut. semua dapat naik

walaupun janji jam 8 pagi. tapi faham-faham lah. janji melayu mana pernah tepat. pukul 8.40 pagi baru la bas bergerak. tapi xpe lah. nak naik yang free kena la tunggu. apa boleh buat. flight pukul 1.20 petang. lama lagi ni nk boarding. so buat la apa yang patut kat airport tu.

contohnya:
makan. nak makan dalam flight mahal bebenor

shopping skit. beli topup, plaster dll

tepon mak. doakan kami selamat ye mak

kami berlapan sampai di bumi di bawah bayu pukul 3 lebih. time tu dah asar pun. tetiba rasa cam culture shock pun ada. ye la. biasa time cam ni baru la nak sesibuk solat zohor. ni kat sabah dah asar pun. (kantoi suka solat lambat. jangan tiru perangai ini ye). kami pergi holiday ni main terjah je. xde book tour guide pn. sebab utamanya adalah kerana osmateku ada classmate orang kundasang. kira dia la yang secara automatisnya jadi tour guide kami.

van dah tunggu nak bawa kami ke kundasang. yeay!!

oleh kerana kat kl kami xsempat dengan waktu zohor jadi kami pun jamak bersama asar kat sabah. kita solat dulu ye. ni masjid kat kota kinabalu. nama apa masjid ni sila refer pada yang pakar ye. tuan punyer gambar dah lupa hahaha.

perjalanan untuk ke kundasang memakan masa dalam 3 jam. hooo lama bangat. memula tu rasa eksited sangat. mata ni xlepas duk menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. tapi kejap je la. pukul 6.30 petang dah gelap. bila dah golap xde ape dah yang boleh tengok. tutup mata dan tido je la. lamanya nak sampai kundasang. jalan pun boleh tahan. naik bukit. jalan liku-liku. nasib xmabuk je. patut la ada teksi yang xmo pegi sangat kundasang ni.

datang jauh-jauh pun ini jugak yang dicari. nak buat camne. perut dah lapo sangat. sebelum masuk angin baik kita makan yang ringan-ringan dulu. hahaha. jauh lagi ni nak sampai kundasang ni.

sebelum sampai kundansang singgah kat rumah terbalik ni dulu. semua benda dalam rumah ni terbalik. peti ais, almari, katil. menurut staff mereka benda yang paling berat dalam rumah tu adalah mesin jahit. kereta pun terbalik tau. canggih betul hehe. rumah ni bukan hak milik kerajaan negeri tetapi hak persendirian. tuan empunya buat untuk tarik pelancong dan menambah nilai keunikan negeri sabah. tapi jangan dilupa untung pun mau juga hehhe. dalam rumah ni xboleh amik gambar. hanya dibenarkan diluar rumah je. so rakam la dalam minda je ye. sebarang info tentang rumah ni bleh la klik sini ye.

kami sampai di kundasang dalam pukul 12 malam. singgah makan dulu kat kedai makan sebelah walai toko homestay. tu bukan homestay kami ye hehe. oh ye kami menginap kat homestay sepanjang berada di kundasang ni. amik kunci, masuk barang, tukar baju then tido. tapi kat sini sejuk memang tahap gilo la. nk tido kena pakai stokin n sweater bagai.