assalamualaikum semua...
april lepas saya teman parent saya pergi buat saringan kesihatan secara percuma. percuma ok..percuma!! hehe
kalau nak buat kat hospital, lambat benor processnya. kena buat appointment dengan doktor, tunggu hari appointment, pastu setiap checkup kena buat lain-lain appointment. so, program ni memang bagus dan bernas la. syabass!!
program ni hanya untuk warganegara malaysia yang berumur 35 tahun dan ke atas sahaja.
program ni juga adalah inisiatif oleh malaysian cohort untuk buat penyelidikan tentang tahap kesihatan dan gaya hidup rakyat malaysia. ni disebabkan secara statistiknya kira-kira 2juta orang kat malaysia ni tak tau mereka ni sebenarnya mengidap penyakit yang berbahaya seperti kencing manis.
so harap benda ni dapat menyedarkan rakyat kita supaya lebih ambil berat tentang tahap kesihatan mereka.
antara saringan kesihatan percuma yang dijalankan:
1) pemeriksaan tekanan darah
2) ujian fungsi paru-paru
3) ujian fungsi jantung
4) ujian fungsi buah pinggang
5) analisis komposisi badan
6) pemeriksaan darah dan air kencing
7) pengukuran indeks jisim tubuh, ukur lilit pinggang dan pinggul
8) soal selidik
setiap peserta akan diberi tarikh temujanji dan tempat pemeriksaan. tempoh hari, parent saya buat kat sini
booth pemeriksaan ditempatkan di chantique villa
lepas check up, mereka bagi buku catatan makanan selama 2 hari. peserta kena tulis apa yang dowang ni makan untuk 2 hari. satu hari biasa(bekerja) n satu hari minggu. pastu poskan balik kat mereka dengan sampul yang disediakan.
result kesihatan akan dihantar kepada pesrta dalam masa 2 minggu lepas check up.
kalau nak tempah bilik kat chantique villa ni pun boleh. dekat dengan stadium. pada yang minat bola tu memang sesuai la stay kat sini. klik chantiquevilla
No comments:
Post a Comment